KLON MANUSIA: PRO DAN KONTRA
Oleh: Prof. Madya Dr. Mustafa Hj. Daud
PENDAHULUAN
Dunia seolah-olah tergugat apa-bila saintis kaji hayat berjaya mencungkil rahsia yang meme-cahkan peti misteri hayat orga-nisme bernyawa iaitu meng-hasilkan klon manusia. Ia kini menjadi isu sejagat yang ter-hebat dalam sejarah manusia di mana manusia menghasilkan manusia sendiri
DEFINISI:
Mengklon manusia ialah aktiviti menghasil dan menyalin semula organisme bernyawa sama ada haiwan atau manusia untuk meng--hasilkan haiwan atau in-dividu manusia yang lain.
PROSES:
Klon haiwan atau manusia ter-hasil melalui proses di mana satu sel DNA dan satu telur penderma disatukan melalui arus elektrik. Terbentuklah embrio dengan gen pada telur penderma. Ia ditanam di dalam rahim ibu tumpang. Ia membesar seperti bentuk janin suami dan isteri.
SEJARAH:
Bayi tabung uji pertama telah dihasilkan oleh Louis Brom dalam tahun 1978. Ia meng-gunakan sperma (lelaki lain) dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang (isteri orang). Klon haiwan iaitu kambing dan lembu dari embrio telah dihasilkan dalam tahun 1987. Dalam tahun 1993 klon bayi lelaki telah berjaya dihasilkan secara tidak sengaja. Kini telah berusia 4 tahun. Saintis British pula iaitu Dr. Ian Wilmut dari Institut Roslin, Edinburgh, Britain, berjaya menghasilkan klon biri-biri ber-nama Dolly awal tahun 1997. Beliau memberitahu parlimen Britain klon manusia boleh di-hasilkan menjelang tahun 1999
No comments:
Post a Comment