wawanida
Tuesday, 27 November 2012
AKU & TEKNOLOGI PADA HARI INI
KLON MANUSIA: PRO DAN KONTRA
PENDAHULUAN
Dunia seolah-olah tergugat apa-bila saintis kaji hayat berjaya mencungkil rahsia yang meme-cahkan peti misteri hayat orga-nisme bernyawa iaitu meng-hasilkan klon manusia. Ia kini menjadi isu sejagat yang ter-hebat dalam sejarah manusia di mana manusia menghasilkan manusia sendiriDEFINISI:
Mengklon manusia ialah aktiviti menghasil dan menyalin semula organisme bernyawa sama ada haiwan atau manusia untuk meng--hasilkan haiwan atau in-dividu manusia yang lain.PROSES:
Klon haiwan atau manusia ter-hasil melalui proses di mana satu sel DNA dan satu telur penderma disatukan melalui arus elektrik. Terbentuklah embrio dengan gen pada telur penderma. Ia ditanam di dalam rahim ibu tumpang. Ia membesar seperti bentuk janin suami dan isteri.SEJARAH:
Bayi tabung uji pertama telah dihasilkan oleh Louis Brom dalam tahun 1978. Ia meng-gunakan sperma (lelaki lain) dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang (isteri orang). Klon haiwan iaitu kambing dan lembu dari embrio telah dihasilkan dalam tahun 1987. Dalam tahun 1993 klon bayi lelaki telah berjaya dihasilkan secara tidak sengaja. Kini telah berusia 4 tahun. Saintis British pula iaitu Dr. Ian Wilmut dari Institut Roslin, Edinburgh, Britain, berjaya menghasilkan klon biri-biri ber-nama Dolly awal tahun 1997. Beliau memberitahu parlimen Britain klon manusia boleh di-hasilkan menjelang tahun 1999CAT
KUCING
Tahu tak,sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna,99.97% pasti bahawa kucing tersebut adalah betina! Walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!Jadi, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dansejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
Nak tau kenapa..dan buktinya? Ini penjelasan dari sudut sains. Wallahualam.
Kucing, (atau pun manusia), atau apa-apa jua hidupan di dunia ini,adalah terbina dari susunan-susunan juzuk DNA dalam diri masing-masing.DNA adalah dianalogikan seperti blueprint,yang mengandungi arahan, maklumat, kod-kod, rahsia-rahsia dan sebagainyayang menentukan sesuatu organisma individu tersebut.Rahsia DNA manusia masih belum dibongkar sepenuhnya lagi,ini kerana terdapat berbillion-billion kod-kod tertentu yang menentukan setiap aspek ciri dalam diri kita. Malah, terdapat teori, yang jangkahayat manusia turut terenkripsi dalam DNA!
DNA yang telah disusun, dipanggil kromosom.Kromosom adalah set DNA terdapat di dalam sesebuah sel organisma.Bilangan kromosom adalah berbeza-beza mengikut organisma.Contoh, manusia mempunyai 46 kromosom dalam bentuk berpasangan (23 pasangan).Satu kromosom berpasangan tersebut berasal dari ayah, manakala satu lagi berasal dari ibu.Setiap kromosom mempunyai antara 1000-5000 gen.Gen adalah jujukan beberapa DNA yang menentukan satu ciri dalam badan kita.Satu gen boleh dibentuk sehingga menjangkaui 50,000 molekul DNA.Dalam setiap organisma berjantina, terdapat 2 kromosom khas iaitu Kromosom X dan Y.Pasangan antara X dan Y menentukan jantina.Sekiranya seseorang mempunyai kromosom XX, maka ia adalah perempuan.Dan jika mempunyai kromosom XY, maka ianya adalah lelaki.
“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, di antaraapa-apa yang ditumbuhkan dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apayang tidak mereka ketahui”. (Surah Yaasin: 36)
Okay.itu untuk manusia.Kalau kucing pula..
Salah satu ciri yang dikawal oleh DNA kucing adalah warna bulu kucing.Ciri ini ditentukan oleh kromosom X.Secara umumnya, terdapat 3 jenis warna kucingyang dikawal oleh allel dalam kromosom X,iaitu warna cerah/oren (XO), warna gelap/perang (Xo).Allel adalah ciri-ciri pada sepasang gen dalam kromosom.Analoginya sebegini.Warna asal kucing adalah putih (tiada warna).XO adalah “cat” berwarna cerah(oren).Xo pula adalah “cat” berwarna gelap(hitam/perang).Maka campuran ketiga-tiga inilah yang menjadikan kucing mempunyai 3 warna.Maka bagi kucing yang mempunyai 3 warnaatau juga dikenali sebagai “calico” @ “tortoiseshell cats”,kucing ini mempunyai kedua-dua jenis allel iaituXO, Xo yang di-ekspressikan secara serentak.
Untuk kucing mempunyai kedua-dua allel tersebut,kucing tersebut mestilah mempunyai dua kromosom X.Dan hanya kucing betina yang ada 2 kromosom X, iaitu XX.Tapi macam mana pula dengan kucing jantan 3 Warna?Bagaimana pula dengan 0.03% kucing jantan yang berbulu 3 warna itu?Datang dari mana?
Okay.Macam ni..
Seperti manusia, kucing juga mengalami satu masalah genetikyang dipanggil Kleinfelter’s Syndrome.Klinefelter Syndrome berlaku apabilakromosom yang menentukan jantina seseorang (atau seseekor),yang sepatutnya berpasangan, menjadi tiga iaitu lebih satu kromosom X.Seperti yang diketahui, kromosom jantina lelaki/jantan adalah XY.Perempuan/betina pula, adalah XX.
Tapi dalam Kleinfelter Syndrome, kromosom jantina yang dimiliki adalah XXY.Dari segi penampilan luaran, organisma XXY ini adalah lelaki/jantan(kerana kehadiran kromosom Y),tetapi adalah mandul (infertile).
Jadi, kucing jantan yang mempunyai 3 warna(kerana ada 2 kromosom X yang menentukan warna),pasti mengidap Klinefelter Syndrome dan sebab itu juga, mandul.tapi macam mana pula jika anda mempunyai kucing jantan, 3 warna, tetapi “gagah perkasa kejantanannya” dan keaktifan yang tidak terkawal?ehehehe...
Maka inilah kejadian tuhan yang sangat-sangat istimewa, iaitu dipanggil Chimera.Chimera adalah satu fenomena yang sangat-sangat jarang terjadi,iaitu 2 zigot disenyawakan serentakmalah bergabung menjadi satu embrioketika proses pembentukan di dalam uterus si ibu.Fenomena 2 zigot disenyawakan serentak adalah relatifnya biasa.Contoh paling mudah, kembar tidak seiras.Kembar tidak seiras adalah terbentuk sekiranya dua ovum disenyawakan oleh 2 sperma, juga membentuk 2 zigot. Dua zygote ini mungkin mempunyai jantina yang sama ataupun berbeza, ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.
Jadi, apa itu chimera?Bayangkan, 2 zigot kembar tidak seiras ini,mempunyai jantina yang sama,bergabung ketika proses tumbesaran dalam uterusmenjadi satu.Chimera tersangatlah jarang terjadihanya 40 kes yang pernah dilaporkan dan direkodkansepanjang jangka hayat kehidupan umat manusia.
Begitulah juga dengan kucing chimera.Asalnya dari 2 zigot yang sama jantina tetapi berlainan warnakemudiannya bergabung dan dilahirkan menjadi seekor kucing -jantan sejati tetapi 3 warna. SubhanAllah!
"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua.Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnyasemuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang(mahu) berfikir." [13:3]
Subscribe to:
Posts (Atom)